Belajar Dalam Kelas Bocor

TANAH MERAH – Aduan sudah dibuat, namun masih tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mahmud Paduka Raja 1, dekat sini, yang bocor.

 

Itu rintihan ibu bapa kepada lebih 200 pelajar terlibat yang kesal apabila masalah tersebut terus dibiarkan berlarutan walaupun sesi persekolahan sudah dibuka sejak hampir sebulan lalu.

 

Kekecewaan ibu bapa terbabit dikongsi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Ahmad Ismail yang menuntut Jabatan Pendidikan negeri supaya memberikan perhatian segera terhadap masalah tersebut.

 

Ahmad berkata, masalah itu menyebabkan pelajar tingkatan tiga dan empat terbabit terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa selain berdepan risiko bumbung runtuh.

 

“Bumbung ini rosak akibat dilanda ribut hampir empat bulan lalu dan permohonan baik pulih sudah dibuat kepada pihak berkenaan tetapi samping sekarang, tidak ada tindakan diambil.

 

“Masalah bumbung tiris ini menyebabkan lantai sentiasa basah dan enam kelas terpaksa dikosongkan hingga mengganggu sesi pembelajaran setiap kali hujan,” katanya, hari ini. – SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!