VIDEO: Selepas Dikecam, Individu Hina Islam Mohon Maaf Secara Terbuka

Kuala Lumpur – Tidak tahan dengan kecaman yang diterima dari penguna media sosial individu yang menghina masyarakat Islam dan penunggang motorsikal yang maut dalam kemalangan Ang Tan Loong akhirnya terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka.

 

Ang melalui posting di laman Facebooknya mengakui tersilap dan memohon maaf atas tindakan yang dlakukan sebelum ini.

 

“Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, saya telah memadamkan komen tersebut.

 

“Saya juga mengharapkan agar isu ini tidak diperbesarkan” rayunya pula.

 

Namun tinjauan SuaraTV mendapati status permohonan maaf itu turut telah dipadamkan.

 

ang tan loong 1

 

Terdahulu Ang ketika memberikan komen berhubung laporan The Star secara sinis mengesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) segera membuka kertas siasatan sekiranya tidak mempunyai perkara yang ingin dilakukan.

 

“Masyarakat Islam sewajarnya dilarang menunggang kenderaan seperti motorsikal berkuasa tinggi.

 

“Hanya kenderaan dan motor yang ditarik mengunakan lembu sahaja wajar digunakan oleh masyarakat Islam” ujarnya sinis.

 

Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan konvoi motosikal berkuasa besar, di Kilometer 7 Jalan Berjaya Hill berhampiran Bukit Tinggi di Bentong, semalam.

 

Insiden pada pukul 12.00 tengah hari itu turut mengorbankan seorang penunggang manakala seorang lagi dilaporkan cedera parah.

 

Mangsa Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dipercayai maut kecederaan parah dibahagian kepala dan remuk tulang rusuk hingga menyebabkan pendarahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.