VIDEO: Nyanyian Azmi Saat Menitiskan Air Mata Penonton AJL29

Kuala Lumpur – Ramai yang terpegun dan terkedu apabila melihat pengganti penyanyi kumpulan Mojo, Aweera merupakan mereka dari golongan istimewa.

 

Dengan persembahan yang sungguh mantap, majoriti penonton yang hadir berdiri memberikan tepukan yang sangat gemuruh sejurus selepas Caliph Busker selesai membuat persembahan.

 

Nampaknya percaturan pencipta lagu Romancinta yang dipopularkan oleh Mojo, Edry Abdul Halim berjaya menarik minat pengundi pada Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), malam tadi.

 

 

Persembahan yang memukau itu berbaloi apabila Caliph Busker diumum memenangi Persembahan Terbaik pula wang tunai RM12,000 dan trofi.

 

SuaraTV difahamkan ramai yang menitiskan air mata ketika persembahan tersebut yang terdiri daripada insan-insan berbakat besar yang cacat penglihatan.

 

Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini dan diserikan persembahan selingan hebat antaranya dari kumpulan Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.

 

Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

 

Juara AJL29 akan membawa pulang wang tunai RM50,000, naib juara pula menerima RM35,000 dan tempat ketiga mendapat RM20,000.

 

Sementara, bagi pemenang kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM12,000.

 

 

Berikut senarai pemenang bagi AJL29:-

 

Persembahan terbaik : Romancinta -Mojo-komposer dan lirik oleh Edry Abd Halim

 

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga – Komposer Tam Spider dan Lirik Iman Imran

 

Tempat ke-3 – Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga – Komposer Tam Spider dan Lirik Iman Imran

 

Naib Juara – Masih Aku Cinta – Shila Amzah. Komposer dan Lirik Shila Amzah

 

Juara : Apa Khabar – Joe Flizzow dan Sonaone. Komposer Joe Flizzow dan Sonaone lirik Joe Flizzow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.