VIDEO: Kami Akan Mati Disini Ujar Pengusaha Restoran ‘Line Clear’

Pulau Pinang – Pengusaha kedai makananan nasi kandar ‘Line Clear’ Salim Madinah, 36 mempertikaikan tindakan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bertindak merampas peralatan perniagaan di Jalan Penang di sini pagi tadi.

 

Salim ketika ditemui media petang tadi terkejut dengan tindakan MPPP berkenaan memandangkan tidak diberi notis awal supaya mengosongkan restoran tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai melampau.

 

 

“Mengapa tak mai (antara) pukul 8.00 atau 9.00 pagi dan kenapa nak datang pada pukul 4.00 pagi?

 

“Bukankah ini satu tindakan yang melampau, sedangkan banyak lagi kedai-kedai makanan lain yang dibuka di lorong jalan, apakah mereka kroni” ujarnya kecewa.

 

Hashim turut sedih dengan tindakan MPPP yang merampas peralatan dan kelengkapan perniagaan seperti meja dan kerusi sedangkan ia merupakan hasil usaha titik peluh mereka selama ini.

 

“Kami berniaga pagi, petang, siang dan malam kerana Allah dan kamu (MPPP) tergamak untuk merampasnya.

 

“Wallahi, kami tidak akan keluar dan akan mati di sini dan kami akan lawan habis-habisan” ujarnya sedih.

 

 

Sehubungan itu, dia turut membuat laporan polis berhubung tindakan MPPP tersebut di Balai Polis Daerah Timur Laut di sini.

 

Dalam kejaadian kira-kira pukul 4 pagi tadi itu kira-kira 40 penguat kuasa MPPP bertindak merampas peralatan seperti meja, kerusi dan tempat membancuh minuman.

 

Ketika operasi itu, kira-kira lima pelanggan sedang menikmati makanan di restoran nasi kandar popular tersebut.

 

Segala tindakan zalim MPPP itu turut dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 

Nasi Kandar 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 thoughts on “VIDEO: Kami Akan Mati Disini Ujar Pengusaha Restoran ‘Line Clear’

  • January 20, 2015 at 11:15 am
    Permalink

    lah..knp?sdp kot…alahaiii…sianla depa ni..

    Reply
  • January 21, 2015 at 9:28 am
    Permalink

    Dah xde lesen nak salahkan orang..nanti sakit lepas makan kita yang susah…xpayah la nak nangis tu buat filem

    Reply
  • January 21, 2015 at 12:15 pm
    Permalink

    Aku rse tindakan mppp dtg kul 4 pg
    Mmg tepat.xkan nk dtg kul 8-9pagi
    Plak.org mse tu dtg berduyun2 nk
    Sarapan.iyo dok?

    Reply
  • January 21, 2015 at 7:32 pm
    Permalink

    Tak patut r wt gu ni.. kne bgi notis dlu.. ksian kt depa..

    Reply
  • January 21, 2015 at 8:55 pm
    Permalink

    Kedai mamak biasanya kualiti kebersihan amat mengerikan.. Banyak kali terkena dah 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.