VIDEO: Banjir Di Sarawak Bertambah Buruk Petang Ini

Kuala Lumpur – Keadaan banjir di Sarawak bertambah buruk pada petang ini apabila jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 3,892 orang berbanding 3,458 orang tengah hari tadi.

 

 

Dua lagi pusat pemindahan dibuka pada petang ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 26 pusat pemindahan.

 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata mangsa yang berada di pusat pemindahan di daerah bahagian Kuching kini berjumlah 2,119 orang, Samarahan (717), Mukah (519) dan Limbang (537) setakat 6 petang.

 

Katanya jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di Sarawak sehingga kini kekal 33 sekolah namun keadaan cuaca petang ini nampak bertambah baik dan menjanjikan suasana yang diramal lebih positif selepas ini.

 

Banjir sarawak 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.