Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Klang Terbakar

Klang – Sebuah pejabat menempatkan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Taman Botanic di sini, terbakar dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam.

 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kebakaran melibatkan hampir keseluruhan ruang pejabat di Bangunan Bahagian Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, pejabat kesihatan itu.

 

“Kebakaran tidak menjejaskan unit lain yang ditempatkan di tingkat satu bangunan itu. Namun pelbagai peralatan pejabat musnah termasuk bumbung unit ini,” katanya.

 

Menurut Mohd Sani, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

 

Menurut sumber, unit berkenaan yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, tetap dibuka seperti biasa. Cuma pejabat tersebut ditutup dua minggu bagi kerja-kerja siasatan. – SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.