TUDM Terima Kunjungan Panglima Tentera Udara Turki

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Roslan Saad hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya, Panglima Tentera Udara Turki General Akin Ozturk di pejabatnya, di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini.

 

Akin, 63, yang memegang jawatan itu pada 30 Ogos 2013 sedang dalam rangka lawatan pertama ke Malaysia selama empat hari sejak Sabtu lepas.

 

Kunjungan itu bertujuan bagi meningkat dan mengukuhkan lagi hubungan erat kedua-dua angkatan tentera udara yang sekian lama terjalin.

 

Sebelum itu, Akin melawat Pangkalan Tentera Udara, Subang dan akan melawat Pangkalan Tentera Udara Kuantan pagi esok.

 

Beliau akan mengakhiri lawatan dengan membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di sini esok. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.