Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Keganasan Terhadap Wanita

PUTRAJAYA 19 Jan. – Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang melakukan keganasan terhadap wanita melalui semua peruntukan undang-undang sedia ada bagi menjamin keselamatan golongan itu di tempat kerja.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, antara undang-undang tersebut adalah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 14(3) Akta Pekerja 1955 iaitu berkaitan gangguan seksual di tempat kerja.

 

“Dalam kes yang berlaku terhadap penjawat awam wanita yang diserang oleh juruteknik ketika kerja lebih masa ini banyak peruntukan undang-undang boleh digunapakai dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan pekerja wanita perlu dipinda,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.