Sultan Johor Rasmi Penggunaan Kereta Elektrik

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli merasmikan penggunaan kereta elektrik oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Pusat Informasi Iskandar Malaysia di Danga Bay di sini, sebentar tadi.

 

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, penggunaan kereta elektrik oleh IRDA buat kali pertama menjadi usaha membangunkan kawasan Iskandar Malaysia sebagai bandar raya metropolis hijau yang mapan.

 

Beliau berkata, IRDA juga bercadang untuk meningkat bilangan penggunaan kenderaan elektrik pada masa depan.

 

“Kami menerima dua unit kereta elektrik daripada CMS Consortium Sdn Bhd (Comos) di bawah pakej sewaan.

 

“Penggunaan kereta berkenaan sudah diperkenalkan di beberapa kawasan tumpuan pelancong asing di seluruh negara dan inisiatif sama dijalankan oleh IRDA,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.