Sarawak Tagih Pemain Ke-12

Kuching: Sarawak perlu bangkit dengan semangat juang tinggi dalam menghadapi Liga Malaysia musim ini sekali gus mempengaruhi sokongan padu penyokong hadir ke stadium.

 

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman berkata, persembahan pasukan amat mempengaruhi jumlah kehadiran penonton untuk terus memberi sokongan kepada skuad kesayangan mereka.

 

“Kami harap pemain dapat berjuang demi Sarawak. Sokongan padu penonton membanjiri stadium amat dihargai kerana kekuatan ‘pemain’ ke-12 dalam pasukan,” katanya pada majlis pelancaran jersi Sarawak musim 2015 di City One Mall, semalam.

 

Dalam pada itu, skuad Bujang Senang musim ini menampilkan 13 anak jati Sarawak selain diperkuat kehadiran empat tenaga import.

 

Empat bintang import itu adalah Ronald Hikspoors, Billy Osman Mehmet, Ivan Fatic dan Ryan Griffiths.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.