Pijak Ikan Bilis Dalam Kotak

Beberapa keping gambar yang menunjukkan beberapa orang lelaki memijak-mijak ikan bilis di dalam kotak tersebar dan mendapat krtikan pelbagai pihak.

 

Difahamkan, gambar tersebut diambil dari sebuah tempat proses pembungkusan ikan bilis di Rayong, Thailand.

 

Gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook Thailand bernama Prajug Dongsri beberapa hari lalu menjadi viral dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk di negara ini.

 

Walau bagaimana pun, akaun pemilik akaun tersebut telah ditutup dan kejadian itu mendapat perhatian dari kerajaan Thailand.

 

Laporan dari beberapa portal berita Thailand, kejadian tersebut akan dibincangkan ke kabinet Thailand untuk penyelesaian.

 

Difahamkan, isu tersebut dianggap serius kerana banyak bahan makanan di import dari Thailand.- TheRakyatPost

Pijak Ikan Bilis Dalam Kotak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.