VIDEO: Penjelasan Isu Video Staf KFC Bergaduh

Susulan klip video memaparkan aksi pergaduhan pekerja restoran segera KFC, pihak pengurusan KFC Malaysia mengesahkan kejadian yang berlaku di premis di Jalan Raja Laut, malam semalam.

 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook KFC Malaysia, Naib Presiden Kanan MJ Ling memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berkata, daripada siasatan mereka pergaduhan berlaku antara dua adik beradik disebabkan masalah peribadi.

 

“Kami telah melakukan siasatan dalaman untuk mengetahui punca kejadian.

 

“KFC menjalankan latihan meluas untuk setiap pekerja yang bekerja di restoran kami tetapi nampaknya kali ini latihan itu gagal. Tetapi, kami akan terus meningkatkan program sedia ada supaya perkara seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan,” katanya.

 

Dalam video sepanjang 36 saat itu, dua staf KFC dilihat bergaduh dan cuba dileraikan oleh staf yang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.