Pemandu RapidKL Biadap

Kuala Lumpur – Syarikat Prasarana Negara Berhad sedang menyiasat dakwaan yang dibuat dalam satu artikel yang telah menjadi viral bahawa seorang pemandunya bersifat perkauman dan tidak profesional.

 

Pengurus Kanan Komunikasi dan Media Azhar Ghazali memberitahu, pihaknya tahu mengenai artikel yang dimuat naik ke laman funnymalaysia.net oleh individu bernama KavinKumar Puvanesan, menberitakan beberapa insiden yang berlaku ketika dia menaiki bas di Lembah Klang.

 

“Kami masih menyiasat mengenai kejadian itu berdasarkan laporan berkenaan.”

 

Menurut artikel bertajuk “Pemandu Bas RapidKL yang bersikap Perkauman dan Tidak Profesional”, pemandu bas itu dikatakan beberapa kali tidak membenarkan penumpang wanita Cina menaiki bas berkenaan dan menyuruh mereka untuk “berambus” dan “ambil bas lain.”
KavinKumar berkata, kira-kira 50 meter tidak jauh dari perhentian bas, di mana wanita tua yang membawa banyak beg menunggu, seorang wanita Melayu menahan bas berkenaan dan pemandu bas itu memberhentikan kenderaan walaupun dia tahu bahawa wanita Melayu itu tidak menunggu di tempat yang sepatutnya.

 

Itu baru satu insiden yang berlaku, sepanjang perjalan di Klang Valley.

 

“Ada seorang wanita tua berbangsa India menaiki bas menggunakan pintu belakang dan pemandu bas itu menjerit bertanya: “Woi you pakai apa? Woi aunty you pakai apa?” dan wanita itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan.

 

Menurut KavinKumar, wanita itu memberitahu pemandu: “Maaf anak, saya tidak tahu saya sepatutnya naik melalui pintu hadapan sebab saya jarang menaiki bas.”

 

“Sekali lagi pemandu itu bersikap biadap dan berkata: “Lain kali kalau tak tahu, jangan naik.” Dia bercakap dengan kuat dan semua penumpang dalam bas, mendengarnya.”

 

Pemandu itu juga dikatakan bersikap biadap dengan satu keluarga India.

 

KavinKumar berkata bukan itu saja, pemandu itu juga menjalankan tugasnya secara tidak profesional seperti gagal memberhentikan bas di tempat sepatutnya dan memandu secara cuai.

 

“Dia juga tidak pandai berbahasa Inggeris dan Melayu dengan baik, bagaimana dia boleh menjadi pemandu di syarikat ini? Saya harap RapidKL akan mengambil tindakan ke atas pemandu ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.