Lagi Nama Anak Yang Panjang & Unik Di Malaysia

HAMBOI… nama budak-budak zaman sekarang bukan main panjang dan luar biasa lagi.

 

Jika dahulu, nama yang ringkas dan pendek seperti Ali dan Abu jadi pilihan ibu bapa namun kini ramai memilih untuk menamakan anak mereka dengan nama lebih panjang.

 

Rata-rata ibu bapa masa kini memilih nama yang kononnya punyai makna tersendiri bagi mereka.

 

Sesi persekolahan yang baharu dibuka baru-baru, membawa cerita perihal beberapa murid tahun satu dikesan mempunyai nama panjang.

 

Cakap pasal nama panjang, ia biasanya dimiliki murid perempuan tapi siapa sangka, seorang murid lelaki dikesan mempunyai nama yang luarbiasa panjangnya iaitu Nur Muhamad Ariffin Zikirullahalimusalimuallimin Bin Muhamad Ariffin!

 

Fuh.. terbelit-belit lidah nak menyebutnya.

 

Ada yang berpendapat nama-nama sepanjang ini bakal menyusahkan pelbagai urusan apabila anak ini meningkat dewasa contohnya apabila melibatkan dokumentasi dan sebagainya.

 

Apa pun, pastinya ada alasan tertentu mengapa ibu bapa murid ini memberikan nama sepanjang itu. -MYNEWSHUB

Nama Anak Panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.