GST Bukan Cukai Haram – Asyraf Wajdi

Kuala Lumpur – Hujah yang digunakan untuk menjatuhkan hukum haram terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak boleh digunakan kerana mengambil kira pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab yang turut mengamalkan sistem percukaian.

 

Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.

 

“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.

 

“Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin,” katanya.

 

Beliau berkata demikian merujuk satu kenyataan  viral di internet mengenai pandangan seorang ustaz yang mengatakan GST adalah haram berasaskan hujah cukai yang dikatakan haram dari sudut agama Islam.

 

Menurutnya, pandangan ustaz tersebut tidak boleh diambil kira kerana ulama mempunyai perbezaan pandangan dalam keempat-empat mazhab.

 

“Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh (kenakan cukai). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat.

 

“Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahli syura, pakar, penasihat yang jujur lagi amanah, maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya,” jelasnya. – SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.