Duta G2: Che Ta Dibayar Setengah Juta?

Siapa sahaja tak kira kaum lelaki atau pun wanita pasti tidak mampu menolak rasa kagum yang hadir setiap kali mata menatap wajah jelita wanita ini.

 

Bukan sekadar cantik dipandang, malah kulit putih mulus seraut wajah manjanya kelihatan makin berseri dan bersinar-sinar dek aura yang menggoda.

 

Itulah anugerah semula jadi paling bernilai buat pelakon Rozita Che Wan biarpun sudah mencecah usia 41 tahun dan bergelar ibu kepada tiga iaitu dua anak lelaki berusia 15 dan 13 tahun serta bayi perempuan, Aaishah Dhia Rana yang baru berusia dua bulan.

 

Lebih bertuah, pakej diri wanita ini dilengkapi dengan bentuk badan yang masih bergetah dan menggiurkan biarpun baru melahirkan anak.

 

Sebab itu, tidak timbul langsung rasa kehairanan apabila Rozita dipilih sebagai duta produk G2 Networks Sdn. Bhd. (G2) iaitu satu jenama pengeluar produk suplemen kesihatan, pelangsingan badan dan kecantikan.

 

Tetapi yang menarik, benarkah pelakon popular ini dibayar lumayan untuk menjadi duta produk itu? Dan kalau benar pun dia dibayar lumayan, apa masalahnya kan?

 

Difahamkan Che Ta menerima bayaran melebihi RM200,000 sepanjang menjadi duta G2. Ada pula yang kata cecah RM500,000. Tak tahulah mana satu betul. Apa yang pasti, iklan gambar yang mempromosikan bisnes secara online bersama Che Ta itu kini boleh dilihat di laman-laman sosial oleh ahli-ahli G2.

 

Sementara, majlis mengumumkan Che Ta sebagai duta G2 akan diadakan di Kuala Lumpur esok petang secara meriah.

 

Beruntung betul Che Ta kan. Walaupun sudah berusia melebihi 40an, ada anak kecil, dia terus diburu untuk menjadi duta produk.

 

Sebelum ini pun, Che Ta sudah menjadi banyak duta untuk pelbagai produk. Sebab itu, semua anaknya sudah dibelinya aset rumah sebagai pelaburan pada masa depan.

 

Realitinya, Che Ta telah berjaya mengangkat darjat golongan artis tempatan yang sering dikaitkan dengan pandangan negatif.

 

Orang kutuk ke, cerca ke, yang penting masyuk kan Che Ta. Semoga gandingan Che Ta dan G2 bakal memberikan hasil yang lebih berseri-seri lagi kepada semua pihak selepas ini. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.