Di Sebalik Sekeping Gambar Jurutaip OKU

Kuala Lumpur – Bagaimana caranya untuk mengambil gambar dengan subjek yang tidak mahu dirakam?

 

Perkara itu antara cabaran seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Muhammad Adib Hakim Hasri untuk pameran semester akhirnya semalam.

 

 

Keadaan itu memaksa belau berulang alik daripada rumahnya di Puncak Alam, hanya untuk bertemu jurutaip kurang upaya Shafiai Md Isa, 67, di Klang.

 

“Meskipun saya telah berkunjung ke tempat pakcik Shafiai sebanyak 20 kali, saya masih rasa belum berjaya menghasilkan rentetan imej yang baik kerana Pakcik Shafiai tidak mahu saya merakam fotonya sedang membuat kerja.

 

“Malah dia juga tidak membenarkan saya berkunjung ke rumahnya dan melihat sendiri rutin hariannya,” kata Adib, 25, kepada Malaysiakini.

 

Adib antara 78 mahasiswa fotografi yang membuat pameran semalam.

 

Bagaimanapun, berbeza dengan kebanyakan pelajar lain, Adib memilih merakamkan gambar bercorak kewartawanan foto dan bukan fesyen.

 

Mesin taib 60 tahun

 

Adib berharap gambar yang dirakamkannya dapat membuka mata masyarakat bahawa kecacatan bukan alasan untuk tidak berusaha mencari rezeki.

 
Malah, bagi Shafiai sendiri, malah berjaya menanggung anaknya mendapatkan ijazah kedoktoran di London.

 

Menceritakan tentang subjek yang mahu dirakamnya itu, Adib berkata, Shafiai sudah 46 tahun bekerja sebagai tukang taip di Klang.

 

 

Tetapi uniknya, ketika teknologi komputer berkembang pesat, Shafiai masih selesa menggunakan mesin taip yang sebaya dengan usianya.

 

Kadar bayaran untuk sepucuk surat biasa yang dihasilkan sekitar RM5 dan boleh mencecah kepada RM300 untuk urusan geran jual beli tanah.

 

Bagaimanapun bukan setiap hari beliau mempunyai pelanggan.

 

“Semasa dia sihat ada sebelah kaki, dia bekerja selama 12 jam. Kini hanya mampu bekerja daripada jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

 

“Selama saya duduk dengan dia (untuk ambil gambar), kadangkala tidak ada pelanggan yang datang,” katanya Adib yang meminati jurugambar Steve McCurry yang terkenal dengan karya “Afgan Girl”. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.