Bekas Penasihat Perdana Menteri Britain Rogol Gadis 13 Tahun

Britain – Seorang bekas penasihat kepada Perdana Menteri Britain David Cameron, Doug Richard, 56, ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Richard telah disoal siasat oleh polis dan dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Mac.
Usahawan teknologi bergelar jutawan itu bagaimanapun menafikan pertuduhan tersebut.
Beliau pernah bekerja dengan Cameron sejak 2007, menemaninya dalam lawatan rasmi ke Afrika pada 2011 selain terlibat dengan pentadbiran di Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran untuk mewujudkan sebuah sekolah.
Seorang jurucakap polis Metropolitan London mengesahkan penahanan Richard.
Richard yang juga bapa kepada dua orang anak sering mengeluarkan kenyataannya mengenai penahanan tersebut.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilakukan terhadap saya. Namun tidak sesuai bagi saya untuk memberikan komen lebih lanjut kerana polis masih lagi diperingkat awal siasatan mereka,” katanya.
Pada November tahun lalu, Richard dilantik sebagai Canselor Universiti Teeside yang baharu dan akan memulakan tugasnya awal tahun ini.
Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Isnin, Universiti tersebut memberitahu Richard memutuskan untuk tidak mengisi jawatan tersebut. – AnatarPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.