Banjir: PNB Sumbang RM8 Juta

PUTRAJAYA 19 Jan. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini tampil memberi sumbangan RM8 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara untuk disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat dengan bencana itu baru-baru ini.

 

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Pengerusi jawatankuasa tersebut.

 

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

 

Menurut kenyataan PNB yang dikeluarkan di sini, sumbangan itu sebahagian tanggungjawab sosial syarikat multinasional itu bagi meringankan bebanan mangsa banjir terbabit. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.