Banjir Di Kuching : 2,203 Penduduk Dipindahkan

Kuching – Seramai 2,203 penduduk di bahagian ini dipindahkan sehingga jam 5 pagi tadi apabila rumah masing-masing ditenggelami banjir berikutan hujan lebat sejak semalam.
Bilik Operasi Banjir Pejabat Residen Kuching memaklumkan, Padawan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan setakat ini dengan 1,359 orang, diikuti Kuching (740), Bau (55) dan Siburan (49).
Sebahagian besar mangsa ditempatkan di pusat pemindahan, namun ada yang memilih untuk tinggal di rumah saudara mara.
Fenomena air pasang dan hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami banjir. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.