AirAsia X Sahkan Terima Notis Saman Jururawat Australia

Petaling Jaya – Syarikat penerbangan AirAsia X mengesahkan ia sudah menerima notis saman yang dikemukakan seorang jururawat dari Australia berikutan kecederaan yang dialami selepas seorang pramugari terjatuh lalu menimpa kakinya hingga menyebabkan kecederaan.

 

 

Jurucakap syarikat penerbangan jarak jauh kumpulan AirAsia bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kes itu sudah dirujuk ke mahkamah di Australia.

 

 

“Kami mengesahkan insiden itu dan telah menerima saman yang dibuat. Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana peguam Crocker sudah membawa kes itu ke mahkamah di sana,” jelasnya.

 

 

Jururawat dari Melbourne, Erin Crocker, 36, menyaman AirAsia X kerana insiden yang menyebabkan dia mengalami keretakan tulang, kecederaan ligamen dan pembentukan darah beku.

 

 

Singapura Strait Times melaporkan, insiden tersebut menyebakan dia bercuti panjang dan memerlukan pembedahan.

 

 

Crocker mendakwa, insiden itu berlaku pada 4 April tahun lalu semasa dalam penerbangan balik daripada bercuti di Thailand.

 

 

Dakwanya, masa kejadian cuaca amat buruk menyebabkan dia tercampak di atas lantai kapal terbang. Seorang pramugari dilaporkan hilang kawalan dan terjatuh di atas Crocker.

 

 

Jururawat itu mendakwa, dia terpaksa mengambil cuti sakit beberapa minggu selepas menjalani pembedahan.

 

 

Dalam samannya, dia menuntut pampasan atas kesakitan dan penderitaan, hilang kenikmatan hidup, kos perubatan dan hilang pendapatan.

 

 

Peguam jururawat itu, Nancy Yonan mendakwa, anak guamnya tidak mahu meneruskan saman semasa mengetahui insiden penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia pada 28 Disember lalu.

 

 

“(Erin) Crocker tidak mahu meneruskan tuntutan apabila di mengetahui QZ8501 terhempas kerana dia beranggapan ia mengambil wang daripada mangsa, tetapi kini dia bersungguh membuat tuntutan,” kata peguam itu. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.