10 Kanak-Kanak Diberikan Perlindungan Sebelum Diliwat

Kaherah – Seorang lelaki berusia 58 tahun mengaku meliwat 10 kanak-kanak berulang kali selepas memberi perlindungan kepada mereka.

 

 

Polis berkata, lelaki itu ditahan selepas mengaku perbuatan itu, yang dilakukan di apartmennya, tempat mereka tinggal.

 

 

Dalam pengakuannya, lelaki itu berkata, kanak-kanak berkenaan tinggal bersama-samanya selepas dia menemui mereka bergelandangan dan mencarikan pekerjaan untuk mereka.

 

 

Menurutnya, dia akan menunjukkan kepada mereka filem lucah sebelum meliwat mangsa.

 

 

“Dia memberi perlindungan kepada anak-anak terbiar kerana bersimpati kepada mereka dan tidak mahu membiarkan mereka tidur di jalanan. Tetapi pada masa sama, dia mengambil kesempatan meliwat mereka,” kata polis. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.