Siti Kasim Dakwa Arwah Adib Bukan Dipukul Perusuh

SHAH ALAM – Ketika seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan berita Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, aktivis kontroversi, Siti Kasim pula mempunyai teori sendiri berhubung kematian anggota bomba itu. 

Peguam itu berpendapat, Allahyarham Muhammad Adib bukan cedera akibat dipukul perusuh sehingga membawa kepada kematiannya.

Menurutnya, jika Muhammad Adib dipukul peserta rusuhan,  anggota bomba itu pasti akan cedera di muka, bahu, tangan dan sebagainya. 

“Sama ada perbuatan jenayah atau kemalangan, kita mesti menunggu siasatan akhir. Kecederaan yang didakwa yang dialami oleh pemuda itu, begitu menggangggu saya. Ia tidak kelihatan seperti kerja kumpulan orang ramai,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, Siti Kasim berbalas-balas komen menyatakan pendapat mereka dengan mengeluarkan ‘teori’ bahawa kemungkinan ada perkara yang cuba disembunyikan dalam kes ini oleh pihak bomba kerana ingin menutup kelemahan mereka seperti tragedi lemas yang melibatkan 6 anggota mereka sebelum ini. 

Mereka juga berpendapat Allahyarham Muhammad Adib dilanggar jentera bomba sebagaimana dakwaan pihak kuil sebelum ini.

Malah Siti Kassim juga telah berkata, orang rasional dan ‘right minded people’ tidak akan fikir bahawa Allahyarham Muhammad Adib telah dipukul, hanya orang yang otaknya penuh kebencian akan berfikir sebegitu.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam tadi, selepas 21 bertarung nyawa akibat dipukul perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu. -SuaraTv 

Lain-lain berita;

VIDEO: Tular Video Peguam Negara, Ketua Hakim dan Siti Kassim Berjoget Atas Pentas

Hakim Tolak Rayuan, Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan

Waytha Moorthy Antara Menteri Minta Ubah Keputusan Bedah Siasat Adib

Bekas Komando Tak Menyesal Hilang Kerja Selepas Bantu Adib

Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

Dekat PRU15 Baru Nak Serah Jawatan PM Kepada Anwar, Itu Nak Bunuh PH – PKR

Lidah Mahathir Bercabang Tiga, Laung Selamat Negara Satu Pembohongan – Penasihat PKR

12 thoughts on “Siti Kasim Dakwa Arwah Adib Bukan Dipukul Perusuh

  • December 18, 2018 at 8:52 pm
    Permalink

    HOOIII SITI KASSIM…
    BILA LA AGAKNYA KAMU NAK SEDAR… ATAUPUN TUNGGU KENA PANAH PETIR DULU KOT…
    KALAU KAMU KENA PANAH PETIR, AKU ORANG PERTAMA HANTAR BUNGA TAHI AYAM PADA KAMU. SESUAI DENGAN MULUT KAMU YANG BUSUK TU 🙊

    Reply
  • December 19, 2018 at 8:37 am
    Permalink

    Usah tokok tambah..!!tunggu siasiatan seluruh demi keadilan semua juga allahyarham muhammad adib.. pihak berkuasa tentunya lebih maklum sbb allahyarham dikatakan ditarik keluar dari jentera emrs bomba( jika tidak silap) jgnlah posting mcm2 hormatilah perasaan hati keluarga allahyarham …!! Sepatutnya kita semua mendoakan yg terbaik..!!

    Reply
  • December 19, 2018 at 8:39 am
    Permalink

    Jgn rasa kita ni mr. right??always right??

    Reply
  • December 19, 2018 at 4:15 pm
    Permalink

    Woi anak kasim, tunggu kau mati digigit anjing esok sampai jadi busuk mcm bangkai mayat kau, harap org tak nk pgang mayat kau.

    Reply
  • December 19, 2018 at 5:36 pm
    Permalink

    Bila lihat video Adib diangkat oleh beberapa india pada masa kejadian rusuhan……tertanya mana pakaian jaket bomba, tshirt dalam n kasut (but) Adib….pada masa tu video tunjuk Adib tanpa pakaian n kasut….Siti Kassim tolong beri pandangan

    Reply
  • December 20, 2018 at 4:45 am
    Permalink

    I agree with Pn. Siti Kassim.. wait for postmortem report..

    Reply
  • December 20, 2018 at 12:49 pm
    Permalink

    Pada pendapat aku, apa yang disuarakan siti kasim ini adaah dari sudut perundangan dan logikal kesan nya.
    Kita semua boleh membantah dan juga menyokong termasuk berkecuali dalam situasi ini…
    Semua pehak perlu berlaku jujur dalam apa jua tugas yang diamanahkan.
    Akui kesilapan jika merasa ada agar keadilan yang kita semua ingin tercapai.
    Alfatihah buat yang telah pergi…
    Apa yang kita harap yang benar2 melakukan kesalahan di hukum.

    Reply
  • December 21, 2018 at 1:49 pm
    Permalink

    There’s some basis to her “theory”.

    Reply
  • December 22, 2018 at 8:27 pm
    Permalink

    I agree to Pn. Siti Kasim, there is no proper report or outcome till todate about about the deceased injuries accept blunt force trauma to his chest. It’s obvious that if a mob were to have attacked him, they would have been attacking him from every angle rather then focusing on one particular part of the body. Anyways, let’s wait for the final outcome and hope justice prevails.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!