Najib Perli Menteri PH ‘Konar Baring’

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad diperli lagi kerana perbuatannya sendiri.

Menarik balik kenyataannya apabila berkata ada individu dari Qatar mahu membuat pelaburan kepada projek kereta nasional ketiga kata Datuk Seri Najib Razak adalah tindakan u-turn ketara.

“Terbaru ialah Menteri ini kata dia tidak pernah sebut Malaysia berjaya menarik pelaburan Qatar bernilai RM1.6 TRILION dari seorang peniaga arab bagi projek kereta nasional ketiga.

“Sebaliknya, dia kata dia hanya sebut bahawa kerajaan Pakatan Harapan boleh mengambil peluang untuk menarik pelaburan Qatar kerana negara itu kini giat membuat pelaburan di seluruh dunia.

“Tajam sungguh konar baring dia,” katanya.

Berseloroh, bekas Perdana Menteri itu mengajak rakyat negara ‘mempercayai’ alasan Khalid asalkan Nabi atau malaikat tidak diheret dalam isu ini.

“Kita terima alasan ini sahaja. Asalkan tidak disalahkan Nabi ataupun Malaikat,” tambahnya.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad menafikan beliau pernah mengatakan Malaysia berjaya menarik pelaburan Qatar bernilai AS$400 bilion bagi projek kereta nasional ketiga.

Sebaliknya, Khalid menjelaskan dirinya hanya berkata, kerajaan boleh mengambil peluang untuk menarik pelaburan Qatar kerana negara pengeluar minyak itu kini giat membuat pelaburan di seluruh dunia.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.