Cabang PKR Tolak Ketua dan Timbalannya

KUALA LUMPUR – Cabang PKT di Tanah Merah sepakat dengan 2/3 majoriti menolak Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang dan timbalannya di kawasan itu.

Perkara itu disahkan menerusi Akuan Hilang Percayai atau Undi Tidak bertarikh 16 Disember 2018.

“Kami anggota Cabang Tanah Merah mencapai 2/3 majoriti yang telah menang dalam pemilihan telah sebulat suara menolak Ketua Cabang dan Timbalannya,” kata akuan yang tersebar itu.

Ketua Cabang Tanah Merah bagi PKR adalah Mohamad Suparadi Md Noor manakala timbalannya ialah Mohd Hamzi Zaharim.

Untuk rekod semalam Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membatalkan keputusan melantik Christina Liew sebagai Pengerusi parti itu di Sabah.

12 Ketua Cabang di negeri itu berkata, Christina Liew tidak layak dilantik sebagai Pengerusi PKR Sabah kerana hanya mendapat undi 11 berbanding Datuk Kong Hong Ming (12) dan Awang Hussaini Awang Shaari (3 undi).

Ini berikutan alasan yang diberikan adalah berlakunya perubahan sokongan daripada undi Awang kepada Christina walaupun masa mengundi telah berakhir.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.