Tikam ‘Rakan’ Selepas Minum Air Jampi

LIMA, PERU – Seorang lelaki menikam seorang warga Britain sehingga maut di sebuah asrama di sini selepas meminum ‘ayahuasca’ iaitu sejenis air jampi yang terkenal di Amerika Selatan.

 

Sebelum kejadian, pelancong yang datang didakwa diberi sejenis minuman teh yang mengkhayalkan dan dipercayai dapat menghalau semangat jahat.

 

Suspek, warga Kanada berusia 27 tahun itu dilaporkan mengambil pisau lalu menikam mangsa sehingga mati di sebuah kampung berhampiran bandar Amazon semasa satu upacara ritual bagi meraikan pelancong yang datang ke bandar tersebut.

 

Siasatan awal juga mendapati kedua-dua individu yang identitinya tidak didedahkan mengambil minuman itu sebelum bertengkar, lapor AFP.

 

Mangsa yang dikejarkan ke hospital bagaimanapun tidak dapat diselamatkan sementara suspek kini berada dalam tahanan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.