Tiga Perompak Ikat 11 Penghuni Banglo

GEORGETOWN – Tiga lelaki melarikan wang tunai serta barang berharga bernilai RM100,000 dalam satu kejadian samun di sebuah banglo tiga tingkat di Greenlane Heights, di sini, pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek dikatakan masuk melalui pintu kaca di bahagian tepi banglo terbabit.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata ketiga-tiga suspek juga bertindak mengikat 11 penghuni banglo itu menggunakan kabel elektrik dan telefon.

 

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan sedang mengesan tiga suspek yang memecah masuk banglo berkenaan.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dan bersenjata,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.