Pekerja Air India Maut Disedut Enjin Pesawat

MUMBAI – Seorang kakitangan syarikat penerbangan Air India terbunuh selepas disedut ke dalam enjin pesawat di Lapangan Terbang Mumbai semalam, menurut sumber rasmi.

 

Ketika kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa sedang menyelenggara sebuah pesawat sebelum ia berlepas.

 

Mangsa disedut ke dalam enjin pesawat AI-619 yang dijadual berlepas pada jam 8.44 malam dari Mumbai ke Hyderabad.

 

Penerbangan itu tertunda selama satu jam. Identiti mangsa masih belum disahkan kerana keadaan mayat yang tidak sempurna. Sementara itu, Ketua Pengarah Pengurusan Air India, Ashwani Lohani berkata, beliau amat sedih dan kesal dengan kejadian itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.