Noor Farida Tidak Tahu Sedang Disiasat

PETALING JAYA – Datuk Noor Farida Ariffin, ahli kumpulan bekas penjawat awam atau lebih dikenali sebagai G25 berkata beliau tidak menyedari sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.

 

Noor Farida yang dikritik hebat selepas menggesa agar hukuman khalwat dimansuh berkata polis tidak menghubungi beliau mengenai perkara itu.

 

“Saya hanya mengetahui mengenainya daripada sebuah portal berita dalam talian,” katanya.

 

Berita berkaitan;-

– G25 Mahu Hukuman Khalwat Dimansuhkan

– G25 Pertahan Kenyataan Desak Mansuh Hukuman Khalwat

 

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat Noor Farida berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

 

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

 

Noor Farida dilaporkan menggesa agar hukuman khalwat terhadap orang Islam dimansuhkan.

 

“Saya juga mahu membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja yang memutar-belitkan kenyataan saya,” katanya. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.