Neelofa Nafi Nikah Bekas Menteri

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa nafi dakwaan beliau kini menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri seperti yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

 

Menerusi posting yang dimuatnaik dilaman Instagram miliknya semalam, Neelofa menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal

 

“Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, gosip dan dakwaan yang mengatakan saya isteri ketiga kepada seorang bekas menteri sebagai ‘sampah’

 

” Saya ingin anda semua berdoa yang terbaik bagi saya untuk mendapat petunjuk dan dapat membuat keputusan yang lebih baik. Apa yang jelas gosip ini sebagai tidak relevan,’ tulisnya.

 

Menurut Neelofa, beliau masih lagi memegang status bujang dan menegaskan dirinya tidak akan melakukan keputusan tergesa-gesa untu berkahwin.

 

Malah, menurutnya, dia akan menjadi optimistik dan bersedia untuk berkongsi tentang berita perkahwinannya kepada peminatnya.

 

Katanya, berkahwin bukanlah menjadi perkara besar baginya buat ketika ini.

 

“Jika saya ingin berkahwin pasti saya akan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang. Tiada sebab saya ingin menyembunyikan episod kegembiraan dimana ia pasti akan dikongsi dalam majlis yang akan disambut dengan semua orang yang banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya.

 

Neelofa sebelum ini turut pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.