Muhyiddin Tiada Niat Tubuh Parti Baharu

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada niat menubuhkan parti baharu.

 

Sumber yang rapat dengannya menafikan Timbalan Presiden UMNO itu  akan menubuhkan sebarang parti, sebaliknya berkata, desas-desus yang timbul adalah bertujuan mewujudkan persepsi seakan-akan Muhyiddin tidak setia kepada parti sekali gus akan menyebabkannya kehilangan sokongan ahli UMNO.

 

“Muhyiddin langsung tidak berhasrat untuk menubuhkan parti baharu, kami juga tidak mendengar beliau akan lompat ke parti lain,” katanya lapor China Press.

 

Sumber itu berkata demikian sebagai mengulas desas-desus bahawa Muhyiddin berniat membentuk parti baharu tetapi tidak akan bekerjasama dengan pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.