Marsha Akhiri Zaman Bujang Januari Depan

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Marsha Milan Londoh, 30, hari ini membuat pengakuan dirinya akan mengakhiri zaman bujangnya pada Januari depan.

 

Pengakuan dibuat selepas kad perkahwinannya yang kini tersebar di internet, beberapa hari lalu.

 

Menerusi kad berkenaan, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu dan pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam, akan diraikan dalam majlis persandingan pada 8 Januari tahun depan.

 

“Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan itu. Saya mohon agar semua mendoakan supaya majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar,” katanya, lapor Berita Harian.

 

Marsha mengesahkan beliau akan mengadakan majlis resepsi pada tarikh terbabit di Hotel Majestic, di sini. Bagaimanapun, acara berkenaan dilangsungkan secara tertutup.

 

Walaupun bukan lagi rahsia, Marsha bagaimanapun memilih untuk tidak menggembar-gemburkan percintaannya kali ini. Sebelum ini, artis terbabit pernah dilaporkan menghadiri kursus perkahwinan, namun beliau menafikan cerita terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.