Hujan Tidak Halang Lawatan TPM Ke Utara Sarawak

MIRI – Hujan lebat sejak awal pagi tadi tidak menghalang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu rakyat sempena lawatan rasmi dua hari ke wilayah utara Sarawak bermula hari ini.

 

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di Lapangan Terbang Miri di sini pada jam 9.30 pagi tadi.

 

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri bersama rombongannya, termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut oleh Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, Tan Sri William Mawam Ikom.

 

Selepas hujan reda, Zahid dan rombongannya meneruskan agenda bertemu penduduk luar bandar di Long Bemang, Telang Usan yang terletak di kawasan pedalaman Baram menggunakan helikopter.

 

Beliau dijadual menghadiri majlis makan tengah hari di Marudi sebelum merasmikan majlis pecah tanah bagi projek pembinaan masjid baharu di Kampung Keluru Jaya, Lambir dekat sini.

 

Esok, Zahid akan mengakhiri lawatan beliau ke negeri ini dengan menghadiri sambutan Hari Imigresen Negara di Miri Marriot Resort and Spa.

 

Ini adalah lawatan keempat Zahid kepada negeri ini sejak beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.