Dua Hari, Sultan Johor Sarapan Bersama Rakyat

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersarapan di restoran mamak di Muar bersama rakyat jelata, selama dua hari berturut-turut.

 

Baginda dikatakan berbuat demikian selepas solat Subuh, malah, tidak mengenakan sebarang protokol ketika baginda berjalan masuk ke Restoran Ansar lalu duduk memesan roti canai seperti rakyat biasa.

 

Sultan Ibrahim juga turut membayar makanan dan minuman semua pelanggan di situ.

 

Rakyat yang bertemu baginda tidak putus-putus mengucapkan takziah di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.