Boikot Kompleks Kota Raya Selama Setahun – Ali Tinju

Kuala Lumpur – Ekoran sikap peniaga cina yang dikatakan semakin berani menipu para pelanggan sekumpulan ahli Gerakan Merah hadir dan berhimpun di hadapan Kompleks Kotaraya bagi menyatakan bantahan.

 

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Bahrom ketika ditemui mengesa agar para peniaga yang gemar mengambil kesempatan ini agar menghentikan sikap tersebut.

 

 

“Kita kena menghormati undang-undang negara, polis, para penguatkuasa… sebab itu kita mahu tanya peniaga Cina tersebut, mengapa perlu kurung perempuan (pembeli) tersebut selama 4 jam sehingga (isu) tersebut viral.

 

“Tolonglah para peniaga kaum Cina, jangan buat ini macam.. kita 1 Malaysia (dah macam) adik-beradik” katanya kepada pemberiat bersama kira-kira 20 orang pengikutnya yang turut hadir petang tadi.

 

Ali yang hadir ke kompleks itu berikutan kejadian seorang pelanggan yang didakwa dikurung selama 4 jam Rabu lalu kerana enggan meneruskan pembelian telefon bimbit yang harganya secara tiba-tiba mencecah RM10,000.

 

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju itu turut memberi amaran kepada peniaga cina agar tidak lagi menindas dengan melakukan penipuan terhadap pembeli khususnya orang Melayu.

 

“Kita hormati anda sebagai peniaga, (jadi) kamu perlu hormati kami dan rakyat sebagai pembeli kerana kalau dua-dua pihak boleh bekerjasama kami tidak akan berdiri di sini

 

“Saya beri amaran sekeras-kerasnya, jika berulang kembali (isu seperti ini) kami orang Melayu akan bangun menentang keras tindakan terkutuk mereka (khususnya) segelintir peniaga kaum cina yang sengaja menipu dan memutar belit fatka dan mengunakan undang-undang sendiri,” katanya kepada pemberiat bersama kira-kira 20 orang pengikutnya.

 

Ali turut menggesa rakyat Malaysia memboikot Kompleks Kota Raya di ibu kota selama setahun susulan insiden tersebut.

 

Menurutnya tindakan boikot itu dicadangkan supaya dapat memberi pengajaran kepada peniaga di pusat membeli belah itu yang didakwanya tidak bertanggungjawab.

 

Beliau turut yakin rakyat negara ini akan memboikot kompleks itu selepas pihaknya menyebarkan gesaan itu di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.