1MDB Nafi Miliki Syarikat Penerbangan

SHAH ALAM – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan dakwaan syarikat pelaburan strategik itu memiliki syarikat penerbangan bernama 1MDB Airlines Berhad.

 

Penafian itu dibuat merujuk kepada penyebaran maklumat palsu pada satu entri di Wikipedia yang mengaitkan 1MDB dengan syarikat penerbangan tersebut.

 

“Kami mengesahkan bahawa 1MDB tidak memiliki sebarang syarikat yang mempunyai nama tersebut atau menjalankan sebarang operasi berkenaannya.

 

“Semenjak Februari 2015, 1MDB telah mengesahkan bahawa ia tidak akan menjalankan pelaburan ataupun perniagaan baharu dan hanya memfokus kepada pelaksanaan pelan rasionalisasinya,” kata kenyataan itu.

 

Syarikat milik Kementerian Kewangan itu juga memohon agar orang ramai mengabaikan maklumat palsu itu serta tidak terpedaya dengan pihak ketiga yang mendakwa bertindak bagi pihak 1MDB dalam hal tersebut.

 

Enjin carian menunjukkan artikel berkaitan ‘1MDB Airlines’ masih wujud namun kandungannya telah pun dipadamkan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.