VIDEO: Penguatkuasa JPJ Diugut Bunuh, Nyaris Maut Dilanggar Tonto

Putrajaya – Tindakan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) mengambil tindakan terhadap lori-lori yang melebihi muatan telah menimbulkan kemarahan tonto (orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan lain-lain untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain oleh pihak berkuasa).

Menurut Ketua Operasi JPJ Putrajaya, Muhammad Kifli Mahassan dalam kejadian baru-baru ini sekumpulan penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas di sekitar kawasan Saujana Putra nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki dirempuh oleh kumpulan-kumpulan tonto yang memandu dalam keadaan yang merbahaya.

“Dalam kejadian tersebut, sepasukan penguatkuasa JPJ dari Putrajaya telah mengambil tindakan terhadap lori yang dipercayai membawa lebih muatan.

“Apabila JPJ mengambil tindakan terhadap lori berkenaan, tonto-tonto yang telah diupah oleh syarikat lori berkenaan telah bertindak di luar batasan dengan mnegejar anggota penguatkuasa dan memotong secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan” katanya ketika ditemui SuaraTV semalam.

Menurut Kifli ekoran kejadian tersebut satu laporan dibuat di ibu pejabat polis Daerah Sepang.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita atas tindakan tersebut kerana menurutnya anggota penguatkuasa tersebut hanya bertugas untuk memastikan keselamatan para penguna jalan raya.

“Mereka telah diancam oleh tonto-tonto yang tidak bertanggungjawab ini.

“Ia sepatutnya tidak berlaku kerana kami telah diamanahkan oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan semua para pengguna jalanraya” ujarnya

Kifli turut menjelaskan perkara seperti sering berlaku selain di ancaman ada dikalangan pegawai dan anggota penguatkuasa yang turut menerima ugutan bunuh.

Sementara Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Mohd Yusoff Awang turut mengesahkan kejadian tersebut

Menurut sejurus selepas menerima laporan dan melakukan siasatan, sepasukan anggota polis telah melakukan operasi dan berjaya menahan dua buah kenderaan yang terlibat dan menahan dua orang suspek kerana melakukan ugutan jenayah

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.