VIDEO: Demi Keselamatan Pemandu, JPJ Amal Pendekatan Berhemah

Kuala Lumpur – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengamalkan pendekatan berhemah khususnya dalam mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan sebagai salah satu usaha untuk mendekati setiap golongan masyarakat.

Menurut pegawai penguatkuasa JPJ, Syalkhan Wan Ahmad yang ditemui SuaraTV penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan untuk menganiaya mana-mana individu tetapi bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.

“Penguatkuasaan yang dilakukan adalah merupakan satu perkara yang positif dan untuk kebaikan semua pihak.

“Operasi yang dijalankan juga akan tertumpu kepada kenderaan (lori) lebih muatan dan kenderaan berat yang mempunyai masalah teknikal seperti tayar yang mempunyai tahan kehausan yang berlebihan” katanya dalam operasi khas yang dilakukan di sekitar kawasan di Selangor semalam.

Beliau turut menjelaskan operasi yang dijalankan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan para pengguna jalanraya khususnya lori-lori hantu yang membawa muatan yang berlebih mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Operasi penguatkuasaan ini sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa dan tiada titik noktah demi menjaga keselamatan pengguna jalanraya” katanya lagi,

Sementara itu, menjelang sambutan Krismas JPJ akan meningkatkan operasi penguatkuasaan di laluan utama dan kawasan yang kerap berlaku kemalangan dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.