Tiga Maut Dalam Letupan Di Kilang Mi

Kota Kinabalu – Tiga pekerja warga asing terbunuh, apabila satu daripada dandang di sebuah kilang membuat mi meletup.

Letupan dandang berkenaan turut mengakibatkan sebahagian bangunan kilang di Batu 8 1/2, Jalan Chong Hua, Sandakan, yang diperbuat daripada kayu, runtuh.

Mayat kesemua mangsa yang berusia dalam lingkunghan 30-an itu ditemui anggota Bomba dan Penyelamat, di bawah runtuhan bangunan kilang.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.13 petang dan kira-kira sejam kemudian, keadaan kembali terkawal.

“Kilang berkenaan sudah 60 peratus rosak. Selepas melakukan pemeriksaan, kami menemui mayat di bawah runtuhan dinding,” kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hadi, warga Filipina serta dua lagi warga Indonesia, Sahril dan Herman.

Jelasnya, kesemua mangsa disahkan mati, sebaik tiba di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Punca letupan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.