Seorang Pelancong Terbunuh, 9 Lagi Cedera Dalam Kemalangan Belon Udara

Turki – Seorang pelancong terbunuh dan sembilan yang lain cedera dalam kemalangan belon udara panas di Turki, lapor BBC.

Belon yang membawa pelancong China dan Malaysia, turun di Lembah Guvercinlik di Cappadocia pada 08:15 (06:15 GMT) hari Rabu.

Pelancong yang terbunuh dikenal pasti oleh media Turki sebagai Tang Yi, manakala seorang rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan negara ini, punca kejadian belum diketahui lagi.

Belon itu dilepaskan dari Goreme di wilayah Nevsehir di Central Anatolia pada pagi Rabu.

Paramedik dan pasukan keselamatan telah dihantar ke tempat kejadian.

Pada tahun 2009, kemalangan belon dalam wilayah yang sama membunuh seorang pelancong British dan mencederakan sembilan orang lain.

Tiga pelancong Brazil terbunuh dan 20 orang cedera, apabila dua belon bertembung di Cappadocia pada tahun 2013.

Belon udara  menjadi satu perniagaan pelancongan yang popular di rantau ini sepanjang dekad yang lalu.

 

Sumber : Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.