Selepas Kecoh Di Media Sosial, Samseng Serah Diri Pada Polis

Kuala Lumpur – Satu lagi insiden membabitkan seorang pembuli jalan raya yang dipercayai menyerang kenderaan rasmi milik Unit Jabatan Kesihatan Hulu Langat dikesan menjadi ‘viral’ di laman sosial, Facebook sejak semalam.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku jam 5.45 petang di Jalan Reko menuju ke Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK) itu, cermin sebuah kenderaan jenis Toyota pecah dibahagian pemandu akibat dipukul menggunakan pengunci stereng.

Menerusi foto yang tersebar, suspek dilihat meluru keluar daripada kereta jenis Perodua Myvi dengan berang kerana dikatakan kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandunya.

Bagaimanapun, sumber memberitahu mangsa yang ketakutan tidak keluar dari kenderaannya dan segera beredar serta terus ke balai polis membuat laporan.

Tiga keping foto yang memaparkan aksi ganas suspek dikritik pengguna laman sosial yang menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai biadap.

Mengikut laporan satu portal berita hari ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab menyatakan mangsa 23 tahun yang juga pemandu Jabatan Kesihatan Hulu Langat memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas dihalang suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan.

Sementara itu suspek tersebut dikatakan telah menyerah diri semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh kakitangan jabatan berkenaan.

Beliau yang merupakan jurulatih kecergasan ditahan selepas bertindak memecahkan cermin kenderaan rasmi kerajaan dari Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Hulu Langat dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Suspek bertindak menyerah diri semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh kakitangan jabatan berkenaan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.