Sari Yanti Tebus Talak RM10,000

Kuala Lumpur – Laporan Kosmo! hari ini menyebut Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dimaklumkan pasangan pelakon Sari Yanti, 30, dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, telah bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM10,000 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Khamis lalu.

Peguam syarie, Fakrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd. Edy memberitahu pekara itu kepada Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz (kembali taat) pelakon itu semalam.

Media sebelum ini melaporkan pada 25 Februari lalu, Sari Yanti menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Mohd Edy tidak bersetuju untuk bercerai sebaliknya ahli perniagaan itu memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu.

Hasil perkahwinan lima tahun, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata, Barr Al Aliy (4 tahun)dan Basit Al-Haq (3 tahun).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.