Pokok Krismas Bernilai Jutaan Dollar, Dihiasi Batu Permata

Abu Dhabi – Bukan sekali dua kita dihidangkan dengan cerita pembaziran wang atau makanan yang berlaku di negara Timur Tengah, dan yang terbaru ini pula, sebuah hotel mewah di Abu Dhabi mempamerkan sebatang pokok Krismas yang dihiasi dengan batu-batu permata sehingga mencecah nilai berjuta-juta dollar.

Pohon Krismas setinggi 13 meter yang berhias indah dengan emas dan batu permata termasuk berlian dan delima, dipamerkan di ruang legar Hotel Emirates Palace dikatakan bernilai lebih USD$11 juta (RM38.21 juta).

Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hotel berkata, mereka kesal dengan ‘cubaan berlebih-lebihan’ oleh kedai emas di hotel itu, dalam tradisi menghias pohon krismas berkenaan.

Apa yang mereka lakukan sebenarnya hanyalah untuk mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness sebagai pohon Krismas paling mahal di dunia.

Hiasan pohon Krismas itu dibuka kepada orang ramai dalam satu majlis gilang gemilang di hotel berkenaan, minggu lalu.

Sementara itu, pemilik kedai emas Style Gallery yang menyediakan perhiasan untuk pohon itu, Khalifah Khouri berkata terdapat 181 berlian, mutiara, zamrud, nilam dan lain-lain batu permata digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.