Pemain Thailand Jadi Tumpuan, Charyl Digilai Wanita Malaysia

Bangkok – Disebalik kemenangan pasukan Thailand mengatasi Harimau Malaya pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Rajamangala malam tadi, tumpuan peminat bola sepak khususnya wanita juga terarah kepada aksi pemain tengah skuad Gajah Putih, Charyl Chappuis.

Apa yang menjadi perhatian, Charyl bukan saja menunjukkan kemahiran di padang tetapi dikatakan menggoda penyokong wanita pasukan lawan.

Pemain yang menyarung jersi nombor 7 dibawah bimbingan jurulatih Kiatisuk Senamuang itu seolah menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna laman sosial di Facebook, Twitter dan Instagram.

Pic: IG

Charyl yang memiliki wajah tampan terus mencuri tumpuan apabila mencatat kenangan manis untuk dirinya selepas menjaringkan gol pada minit ke-71 melalui sepakan penalti.

Beberapa foto Charyl dikongsi di laman sosial berkenaan menggambarkan ramai penyokong wanita Harimau Malaya ‘terpukau’ dengan pemain kelahiran Thailand-Switzerland itu yang turut menjadi trending di Twitter selepas kata kunci Harimau Malaya dan Malaysia vs Thailand.

Bagaimanapun, segelintir peminat skuad Harimau Malaya cuba menafikan ketampanan pemain itu dengan menyatakan bahawa anak-anak buah jurulatih Dollah Salleh lebih kacak dan bergaya pada perhatian mereka.

Pic:Twitter

Malah, segelintir penyokong juga memuat naik gambar Charyl bersosial dengan lelaki yang memberi gambaran berbeza kepada pemain itu.

Terdahulu, pasukan Thailand berjaya memanfaat peluang bermain di tempat sendiri apabila menundukkan Malaysia dengan keputusan 2-0.

Misi menebus maruah pasukan Kebangsaan akan diteruskan pada perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.