Ibu Mertua Allahyarham Mustapha Maarof, Neng Yatimah Koma Di Singapura

SIngapura – Bintang veteran, Neng Yatimah, 91, yang juga ibu mentua Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, dilaporkan koma di Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura, malam tadi.

Pelakon era 1940-an dan 1950-an itu dikatakan mengalami sesak nafas dan tekanan darah rendah setibanya di Johor Bahru, petang semalam.

Neng berada di Kuala Lumpur, Isnin lalu bagi menghadiri upacara pengebumian menantunya, diikuti majlis tahlil, malam kelmarin.

Anak Allahyarham Mustapha iaitu Azlynna berkata, neneknya mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Neng Yatimah atau nama sebenarnya, Buntat Ahmad, membintangi beberapa filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing dan Laila Majnun termasuk bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Ibu.

sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.