Eropah Perlu Iktiraf Negara Palestin

Kuala Lumpur – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa Kesatuan Eropah mengikuti langkah Sepanyol, Perancis dan Ireland yang mengundi pengiktirafan kenegaraan Palestin.

Beliau beranggapan negara Eropah perlu mengundi kenegaraan Palestin secepat mungkin kerana ia sudah lama tertangguh dan secara tidak langsung menjadi punca keganasan di negara Timur Tengah itu.

“Negara Eropah perlu bertanggungjawab atas keganasan itu kerana orang Eropah yang mewujudkan negara Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin dahulu,” katanya menerusi blog Chedet.cc.

Mahathir berkata, jika tidak dibendung, keganasan di Palestin akan memuncak kerana rakyatnya akan mengambil jalan yang tidak konvensional bagi mendapatkan semula tanah mereka yang dicuri Israel.

“Keengganan Eropah mengiktiraf negara Palestin adalah sangat mengecewakan. Biarpun langkah yang diambil Sepanyol, Perancis dan Ireland adalah berani namun ia dibuat sangat lewat.

“Seluruh Eropah perlu mengiktiraf negara Palestin dan mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan perlu bertanggungjawab ke atasnya.” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.