Dollah Masih Yakin Harimau Malaya Dapat Tebus Kekalahan

Bangkok – Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tetap bernada yakin dapat menebus kekecewaan terhadap juara hatrik Thailand pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Biarpun ketinggalan 2-0 pada final pertama malam tadi, beliau berkata bermain di hadapan ribuan penyokong Malaysia di gelanggang sendiri akan menyuntik semangat anak buahnya untuk mengatasi defisit serta mengulangi kejayaan 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

“Kami masih ada peluang 90 minit lagi. Walaupun bukan mudah pada aksi kedua selepas kalah 2-0 tetapi dalam bola sepak apa pun boleh berlaku.

“Saya yakin kami boleh melakukan dengan lebih baik di Bukit Jalil,” katanya.

 

Sumber : Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.