Derby Kini Mampu Selincah Anjing Lain Dengan Kaki Palsunya

New Hampshire – Dilahirkan dengan dua belah kaki hadapan yang cacat, Derby, seekor anjing, hanya mampu bergerak di atas permukaan yang lembut, tetapi kini dengan bantuan kaki protestik cetakan 3D, kehidupan Derby ini, berubah.

Mungkin ada yang kata Derby seekor anjing cacat, tapi jelas mereka tidak pernah melihat dia beraksi.

“Derby adalah seekor anjing yang periang,” kata pemilik anjing berkenaan, Sherry Portanova kepada portal Dodo.

Walaupun cacat kedua-dua kaki hadapan, Derby seekor anjing sihat namun Derby hampir dibunuh kerana pemiliknya sebelum ini tidak mahukan dia lagi.

Derby kemudian ditinggalkan di pusat perlindungan anjing di Peace and Paws Dog Rescue di Hillsborough dan di situ Tara Anderson, pengarah CJP Pengurusan Produk di 3D Systems di Massachusetts, bertemu dengan Derby.

Dengan bantuan sahabat-sahabatnya, pereka di 3D Systems, Kevin Atkins dan Dave DiPinto serta pakar ortotis haiwan di Animal Ortho Care, Derrick Campana, mereka mengimbas kaki hadapan Derby dan mereka kaki palsu unik untuk Derby.

Mereka menggunakan platform ukiran digital Geomagic Freeform 3D yang membantu mereka mereka bentuk organik sempurna dan lengkungan bersih untuk bentuk kaki hadapan Derby.

Hanya beberapa perubahan kecil dibuat sehingga terciptanya ‘sokongan siku’ (elbow cups).

Kini Derby menjadi seekor anjing yang sangat aktif dan gemar berlari ke sana sini.

“Dia akan berlari dengan Sherri dan saya setiap hari, sekurang-kurangnya tiga batu,” kata pemilik baru Derby, Dom Portanova.

Dom mengambil Derby sebagai anjing kesayangan keluarga, pada Ogos lalu.

“Apabila saya melihat dia berlari laju dengan menggunakan kedua-dua kaki palsunya itu, saya seperti tidak percaya. Sungguh ajaib!”

 

Sumber : Rakyat post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.