Bekas Jurulatih PLKN Ditahan Terlibat Militan IS

Kuala Lumpur – Polis mengesan taktik terbaru digunakan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan kumpulan militan dengan menggunakan laluan berbeza untuk masuk ke Syria.

Tindakan itu dibuat bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, taktik itu dikesan hasil penahanan seorang lelaki yang juga petugas PLKN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dia didapati ingin ke negara ketiga terlebih dahulu sebelum ke Asia Barat.

“Dia ialah bekas jurulatih PLKN. Itu sahaja yang saya mahu kongsi. Tidak perlu diperincikan apa yang telah dia lakukan. Memadai lah dengan itu bahawa dia adalah bekas jurulatih PLKN.

Tambahnya, lelaki itu akan terbang ke Brunei sebelum ke Turki dan kemudiannya ke Syria.

“Selalunya dari KLIA akan terus ke negara yang berhampiran Timur Tengah, tetapi dia menggunakan sebuah negara negara asia lain untuk dia pergi ke negara berhampiran Syria. Dia nak mengubah haluan daripada Brunei yang dia ambil. Jangan risau kita memantau mereka semua ini dan kita akan mengambil tindakan yang seterusnya,” tegas Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Balai League Table 2014 di Subang Jaya Selangor petang tadi.

Suspek juga dikatakan ingin berkahwin di Brunei dengan seorang guru sebelum berlepas ke Turki.

Polis menyiasat sekiranya bekas jurulatih PLKN itu pernah cuba mempengaruhi pelatih PLKN dengan ideologinya.

Latar belakang pasangan yang ingin dikahwininya turut disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.