500 Ahli MIC Desak Palanivel Letak Jawatan

Kuala Lumpur – Krisis yang melanda MIC semakin meruncing apabila kira-kira 500 ahlinya mengadakan demonstrasi aman di pekarangan bangunan Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat di sini.

Kesemua mereka yang berkumpul sejak pukul 12.30 tengah hari mendesak Presiden, Datuk Seri G. Palanivel untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula kepemimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dijalankan segera.

Kehadiran mereka juga bertujuan menghalang perjalanan Mesyuarat CEC yang dijadual pukul dua petang ini selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember lalu memaklumkan barisan CEC tidak sah dan mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.